Pemegang Tablet Bagi Anda Yang Suka Berbaring

T Stand, inovasi baru bagi memudahkan pengguna tablet untuk memegang tablet mereka dan diletakkan diatas badan sambil berbaring.

Tapak T Stand yang berfungsi dengan mencengkam bahagian dada, boleh dilaras mengikut kehendak pengguna. Ia turut boleh diletakkan dibahagian pinggul atau dimana-mana sahaja yang anda perlukan.

Harga jualan bagi produk ini adalah sekitar $49 dolar. Satu produk yang cukup berguna bagi orang yang gemarkan menghabiskan masa bersama tablet mereka.

Tetapi perlu diingatkan, penggunaan ketika didalam bilik yang gelap akan merabunkan anda.






Sumber: tstand.com