Sila lihat gambar dibawah ini dengan teliti, mungkin ini merupakan peluang pertama anda untuk melihat bagaimana seekor haiwan bernama zirafah menghabiskan masa tidurnya.
Kelihatan agak menyakitkan jika posisi tidur sebegini diamalkan oleh manusia. Hehehe
Untuk pengetahuan anda semua, zirafah boleh dikategorikan sebagai haiwan yang paling sedikit memerlukan tidur, kerana sepanjang kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan ini, rekod tidur paling lama bagi seekor zirafah hanyalah sekitar 30 minit sahaja.
Pelik bukan? Ya, memang pelik. Tapi ia fakta yang benar.