Kotak Ajaib Yang Mampu Meramal Cuaca

Ken Kawamoto, disiang hari merupakan seorang software engineer manakala ketika malam pula seorang pereka gadget.

Antara ciptaan terbaru beliau, adalah Tempescope iaitu sebuah kotak kecil yang menghasilkan hujan, awan, dan kilat yang sebenar berdasarkan ramalan cuaca setiap hari.





Kotak ini yang berhubung secara terus dengan jaringan internet dan juga program ramalan cuaca, akan bertindak menunjukkan cuaca yang sedang berlaku. Malang sekali, satu-satunya fungsi yang tidak disertakan didalam kotak ini ialah fungsi salji.




Perekanya telah melepaskan kod asal dan juga skematik diagram Tempescope ini sebagai sumber terbuka. Ini bermakna, sesiapa sahaja boleh membuatnya sendiri tanpa melanggar akta hak cipta terpelihara.


Sumber: tempescope.com