10 Tempat Percutian Yang Unik di Malaysia

Apa yang kami senaraikan disini bukanlah tempat cuti yang kebiasaanya dikunjung oleh orang ramai apabila tiba musim cuti sekolah, namun ianya lebih kepada tempat percutian yang sangat unik dan lain daripada yang lain untuk dicuba.

Memandangkan sekarang matawang Ringgit Malaysia agak murah dan sedikit sebanyak memusnahkan harapan ramai orang untuk bercuti ke luar negara, maka dengan ini kami akan kongsikan 10 tempat menarik dan unik di Malaysia yang mungkin sesuai dengan bajet anda.

Sekeping Serendah, Selangor


Mungkin ramai diantara anda yang sejak lahir sehinggalah ke hari ini membesar dan hidup di dalam ibu kota penuh kesibukan yang tak pernah henti ini. Untuk melarikan diri daripada kesibukan itu, apakata anda cuba bercuti di Sekeping Serendah ini.


Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan, sambil mendengar bunyi-bunyian unggas dan serangga hutan, ia memberikan pengalaman yang sungguh mendamaikan. Dan apabila malam menjelma, tidur malam pun dalam kelambu. Wow, romantik!

Web: sekeping.com/serendah
FB: facebook.com/sekepingretreats

The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan


Sebut sahaja Negeri Sembilan, tentu saja apa yang bermain difikiran sesiapa pun adalah Port Dickson dan Ulu Bendul sahaja.


Namun tidak ramai yang tahu sebenarnya, di Seremban terdapat sebuah tempat percutian yang sangat unik dan menarik dinamakan The Shorea. Disini, terdapat beberapa jenis villa penginapan yang boleh dipilih untuk mengisi masa percutian anda.

Web: theshorea.com
FB: facebook.com/TheShorea

Limastiga, Umbai, Melaka


Untuk yang inginkan suasana kampung yang moden dan dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga, Umbai. Hanya dengan 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja, pengunjung boleh merehatkan diri disebuat perkampungan moden ini.


Dan disini, perlu diambil kira.. hanya pengunjung beragama Islam sahaja dibenarkan untuk menginap. Ini bagi menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan dan minuman terlarang.

Web: limastiga.blogspot.com
FB: facebook.com/Limastiga

The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan


Selain the Shorea yang terletak di Seremban, orang Selatan Malaysia juga mungkin berminat untuk cuba merancang percutian ke The Dusun yang terletak di Mantin.


Bersuasanakan dusun dan hutan, ianya memberikan mood yang romantik terutamanya kepada pasangan-pasangan yang baru berkahwin.

Web: thedusun.com.my
FB: Facebook.com/thedusun

Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang


Untuk yang suka bercuti lebih "adventure" lagi di dalam hutan, Tanah Aina bukanlah satu tempat yang asing lagi. Bermalam didalam khemah yang disediakan, menjadikan percutian disini ala-ala adventure, bersesuaian kepada sesiapa sahaja biarpun bukan kaki camping.

Tanah Aina merupakan satu resort eco-tourism di Pahang yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain.


Selain Tanah Aina Farouq di Raub, Tanah Aina juga ada di 3 lokasi lain iaitu Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor dan juga Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang. Setiap Tanah Aina adalah unik dan akan membuatkan percutian kita sesuatu pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.

Web: tanah-aina.com
FB: Facebook.com/tanahaina

Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka


Ingin merasai percutian ala-ala di Kampung Melayu zaman dahulu-kala di tepi Selat Melaka? Desa Balqis adalah tempat yang mesti ada dalam senarai percutian anda.


Terletak di Kuala Linggi, Melaka, lokasi ini menjadi destinasi paling sesuai buat mereka yang sudah lama inginkan penginapan di rumah-rumah kampung dan lari seketika dari hiruk-piruk kota.

Web: desabalqis.com
FB: Facebook.com/DesaBalqis

Templer Park Rainforest Retreat, Rawang, Selangor


Disini, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekeliling Hutan Simpan Kanching.



Lokasinya hanya 30 minit dari kota raya Kuala Lumpur, dan tidak syak lagi ia diantara tempat menarik paling popular warga kota untuk lari seketika dari kesibukan hidup.

Web: tppr.net
FB: Facebook.com/tppr1

Philea Resort & Spa, Melaka


Resort ini merupakan resort 5 bintang. Bersesuaian kepada mereka yang inginkan percutian agak mewah tapi masih kekal dalam suasana yang santai. Terletak di Air Keroh, Melaka, ianya merupakan satu lagi lokasi percutian yang menarik dan patut dicuba sesiapa sahaja.



Web: phileahotel.com.my
FB: Facebook.com/philea.resort.melaka

MasBro Village, Paya Rumput, Melaka


Sesiapa sahaja yang gemarkan suasana percutian unik lebih-lebih lagi tempat yang cantik untuk memenuhkan galeri gambar di Facebook dan Instagram peribadi, MasBro Village mungkin satu tempat percutian yang boleh dimasukkan dalam senarai percutian.

Sekali imbas sahaja kelihatan tempat ini mempunyai ciri-ciri keunikan yang sangat rare di negara ini, yang mana selalunya ia hanya boleh dijumpai di Brighton Beach, Melbourne.


Walaupun binaannya nampak kecil, tapi ruanga didalamnya boleh memuatkan sehingga 6 orang dewasa.

FB: Facebook.com/masbrovillage

Tadom Hill Resorts, Banting, Selangor


Sekali lihat bukan di Malaysia, tapi siapa sangka ianya berlokasi di Banting, Selangor. Mungkin sebelum ini ramai yang tidak tahu akan kewujudan tempat ini, sehinggalah ianya menjadi viral di laman sosial apabila seorang pengunjung bernama Yusry Aizat Baharuddin berkongsi percutian mereka di laman peribadi Facebook nya.


Lokasinya juga yang tidak jauh dari kota raya Kuala Lumpur pastinya menjadi pilihan utama sesiapa sahaja.

Web: tadomhillresorts.com
FB: Facebook.com/tadomhill