Unifi Bermasalah? Ini Yang Patut Anda Buat!

Masalah kelembapan unifi seringkali membuatkan pengguna hilang sabar dek kerana bayaran bulanan yang tinggi tetapi kualiti yang disediakan tidak begitu memuaskan hati.

Antara masalah yang selalu kita dengari apabila masalah kelembapan ini berpunca daripada kabel dasar laut yang dikatakan belum dibaik pulih sepenuhnya.

Menerusi perkongsian info daripada saudara Ron Asraff melalui laman Facebook peribadinya, masalah ini ada ubatnya. "Ubat" ini yang dikongsikan kepada umum membolehkan pengguna-pengguna Unifi untuk membuat tuntutan rebat daripada pihak TM sekiranya berlakunya gangguan internet.

Ikuti perkongsiannya dibawah:

Daripada korg memekak update status line unifi hampeh la apa la. Baik korg ikt apa aku buat. Ini kali ke 6 aku dapat rebat daripada TM disebabkan gangguan internet.
  1. Call 100, buat laporan mengenai isu internet yang dialami. Pastikan semua troubleshooting yang disuruh buat korg ikut. Lepas laporan dibuat, catitkan no laporan. Kebiasaannya dorg akan selesaikan masalah dalam 24jam. Kalau lebih 24jam anda layak untuk mohon rebat.
  2. Jika issue yg dihadapi selesai, contohnya 2 hari selepas buka kes. Maklumkan kepada 100 bahagian teknikal untuk tutup laporan. Selepas mereka tutup laporan. Hubungi semula 100, sambung bahagian billing. Berikan no laporan, mohon untuk rebat. Mereka akan maklumkan rebat akan diluluskan selepas 14 hari bekerja.
  3. Pastikan korg call 100 selepas 14hari bekerja , semak sama ada rebat sudah diluluskan atau tidak. Jika belum, buka aduan.skmm.gov.my buat laporan isu ini. Ceritakan daripada a & z . Insyallah akan selesai lebih cepat. Klau tgk drpd sms ni, problem aku selesai dalam sehari. Maybe aku ni kuat tiaw. Hehehe

Gunakan hak anda sebagai pengguna, setakat memekak kt fb line prob tak settlekan masalah. Bulan ni aku dpt rebat. Save RM 86.33 . Huhu