Pelan Telco Unlimited Call & SMS Tipu?


Terma dan syarat yang tidak jelas, tidak dinyatakan perjanjian pendaftaran merupakan salah satu sebab kenapa pelanggan selalu terkena dengan syarikat-syarikat telco di negara kita.

Terbaru, kes unlimited call dan SMS oleh sebuah syarikat yang difahamkan mempunyai limit maksima sehingga menyebabkan bil pelanggan mencecah ribuan ringgit.


Pernahkah situasi sebegini terjadi terhadap anda?

Jika ya, anda berhak mendapatkan penjelasan daripada pihak bertanggungjawab. Dan sekiranya jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati, mungkin permasalahan itu perlu dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Jadilah pengguna yang bijak.

Note: Perkongsian video untuk dijadikan rujukan oleh saudara Yusri Ahmad.