26 Gambar Sebelum Dan Selepas Peperangan di Aleppo, Syria

Peperangan yang berlanjutan di Aleppo kini telah melangkaui tahun yang keempat. Baru-baru ini satu perjanjian gencatan senjata telah dicapai bagi membolehkan orang ramai meninggalkan kawasan bandar yang telah dikepung dan berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Sejak tahun 2012, lebih 30,000 orang telah dilaporkan terbunuh, dan 20,000 orang lagi dianggap telah dipindahkan daripada bandar terbesar Syria.

Pernah menjadi destinasi pelancongan yang popular dan terkenal dengan marmar putih yang menakjubkan satu ketika dulu, pemandangan indah di Aleppo suatu ketika dulu kini menjadi sejarah.

Banyak warisan-warisan lama di bandar ini telah rosak, termasuklah Masjid Besar yang dibina pada abad ke-8, begitu juga kubu Aleppo yang dianggap sebagai salah satu daripada istana yang terbesar dan tertua di dunia.

Pertempuran itu mungkin akan berakhir tidak lama lagi, tetapi kerosakan yang ditinggalkan sama sekali tidak dapat dikembalikan.



























Sama-samalah kita berdoa agar peperangan di Aleppo ini berakhir dengan satu berita gembira. Aminn.