Fakta Mengenai Satu-Satunya Yang Di Pertuan Agong Berstatus Bujang

Tanggal 13 Disember 2016 merupakan satu lagi hari bersejarah Malaysia apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke 15.


Berikut adalah diantara fakta yang perlu umum tahu mengenai YDP Agong baru Malaysia.

  1. Nama Sultan Muhammad ke-V ialah Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
  2. Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu.
  3. Dimasyhurkan menjadi Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010.
  4. Merupakan putera sulung kepada Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid.
  5. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota Kelantan) Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri Ibni Sultan Ismail Petra.
  6. Yang Amat Mulia Tengku Faris Petra ditakhtakan menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985.
  7. 24 Mei 2009 adalah tarikh di mana baginda dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan ekoran ayahanda baginda Sultan Ismail Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
  8. Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Bahru kemudiannya di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989.
  9. Melanjutkan pengajian dalam bidang Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies
  10. Baginda dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).
  11. Baginda turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan.
  12. Baginda juga sering turun padang untuk mendengar dan memberi bantuan kepada rakyatnya.
Seperti yang kita tahu, Sultan Muhammad ke-V sangat mesra dengan rakyat baginda (rakyat Kelantan). Seluruh rakyat Malaysia pasti akan dapat merasai kemesraan dari Sultan Muhammad ke-V.

Sultan Muhammad ke-V akan menjadi Yang di-Pertuan Agong ke 15 untuk tempoh 5 tahun akan datang. Semoga baginda terus diberikan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugasnya sebagai Yang di-Pertuan Agong negara Malaysia.